Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Kg. Lalang, terletak di Mukim Siong Daerah Baling, Negeri Kedah Darul Aman. Daerah Baling mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi. Jarak PEDi Kg. Lalang dari Pekan Baling adalah 15km. Penduduk di Mukim Siong terdiri daripada kaum Melayu 85%, Cina 5%, Siam 2% dan orang Asli 8%. Populasi penduduknya adalah seramai 15,502 orang. Jumlah purata isi rumah adalah 5 orang.

Bentuk muka bumi daerah Baling diliputi dengan kawasan tanah pamah di tengah dan kawasan berbukit bukau di bahagian sempadan Thailand.Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan :

Lembaga Bandaran Baling
Lembaga Bandaran Kuala Pegang
Majlis Tempatan Kuala Ketil
Majlis Tempatan Tawar
Majlis Tempatan Kupang

Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling

 

 

PETA NEGERI KEDAH