SEJARAH BALING DAN ASAL-USUL NAMA SIONG  

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa yang tercatat di dalam Hikayat Raja Bersiong. Raja Bersiong telah mencabut keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan baginda membaling jauh gigi-gigi tersebut. Tempat di mana peristiwa ini berlaku telah dinamakan Baling. Daerah Baling terletak di pedalaman negeri Kedah. Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Pelbagai cerita tentang kemunculan nama Baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiong, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya.     Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut, baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siong itu jatuh telah dinamakan Siong.

Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga dalam kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi, kegembiraan mereka tidak kekal lama kerrana buahbuahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak, mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti kera. Lama kelamaan
perkataan Ban-Lin bertukar menjadi Baling

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Baling