Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Kg. Lalang mula beroperasi pada tahun 2008. Dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

     Penubuhan PEDi ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan di Mukim Siong, Baling agar setaraf dengan masyarakat di kawasan bandar. Setiap Pusat Internet yang telah ditubuhkan mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti desa menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, disamping itu menyediakan latihan dan perisian komputer.


 

 

 

 

 

     Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Kg. Lalang, terletak di Mukim Siong Daerah Baling, Negeri Kedah Darul Aman. Daerah Baling mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi. Jarak PEDi Kg. Lalang dari Pekan Baling adalah 15km. Penduduk di Mukim Siong terdiri daripada kaum Melayu 85%, Cina 5%, Siam 2% dan orang Asli 8%. Populasi penduduknya adalah seramai 15,502 orang. Jumlah purata isi rumah adalah 5 orang.

Bentuk muka bumi daerah Baling diliputi dengan kawasan tanah pamah di tengah dan kawasan berbukit bukau di bahagian sempadan Thailand.Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan :

Lembaga Bandaran Baling
Lembaga Bandaran Kuala Pegang
Majlis Tempatan Kuala Ketil
Majlis Tempatan Tawar
Majlis Tempatan Kupang

Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling

 

 

PETA NEGERI KEDAH

  


 

 

Waktu Operasi

 

                                                       

Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  Pekan Kg. Lalang  Dibuka Setiap Hari

9.00 pagi - 6.00 petang

 **Ditutup pada hari perlepasan am negeri

 

Rehat:

1.00 petang - 2.00 petang (Sabtu-Khamis)

12.30 tgh hari - 2.30 petang (Jumaat)

 

 

Perkhidmatan Yang Disediakan:

 

  • Program ICT Percuma
  • Perkhidmatan Internet
  • Printing (hitam/putih & warna)
  • Scanning
  • Laminating
  • Upah menaip & Tugasan
  • Akses WiFi/wireless

 


 

 

 

 

 

  •  
  •  
  •