Usahawan Kopi Kampung

 

Nama : Nor Hanisah Binti Mohamad Hanafi

Umur  : 24 tahun

Ahli     : 06/8/2014

 

Latar belakang

 

Nama diberi Nor Hanisah binti Mohamad Hanafi merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda daripada universiti tempatan. Setelah menamatkan pengajian, beliau mengambil langkah untuk membantu ibunya yang mengusahakan kopi kampung dengan membuat jualan secara atas talian. Kopi Kampung Makda diberi nama hasil air tangan ibunya
sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum mengikuti kelas dan penglibatan dengan PEDi, penama tidak mempunyai akaun shopee dan tidak tahu cara menjual secara atas talian. Penama juga tidak tahu untuk memasarkan produk beliau.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah mengikuti kelas keusahawanan di PEDi, penama mula menjual produk beliau secara atas talian dengan menggunakan platform shopee. Petugas mengajar cara mempromosikan produk untuk pembeli tahu kewujudan sebagai penjual di shopee. Selain itu juga penama belajar cara mengambil gambar produk dengan betul.