Usahawan Minyak wangi Raisya
Nama : Noorsyuhada binti Abdul Wahab
Umur : 27 Tahun
Ahli : 4 September 2008
Latar belakang
Noorsyuhada binti Abdul Wahab merupakan ibu kepada dua orang puteri comel memulakan perniagaan perfume sejak tahun 2015 lagi. Perfume yang diberi nama Raisya Perfume merupakan produk yang diusahakan oleh dia dan suaminya. Pelbagai jenis wangian yang dikeluarkan antaranya ialah Apple Blossom, bombshell, Armani, One million dan pelbagai lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tempahan terhad di kawasan yang berhampiran sahaja. Pendapatan yang diterima juga kurang daripada RM 500.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tempahan yang diterima lebih meluas melibatkan luar daripada daerah. Pendapatan juga bertambah iaitu melebihi RM 500 sebulan. Pelanggan juga melibatkan pelbagai peringkat umur.