Usahawan Popia Carbonara (Frozen)
Nama : Nur Aina binti Ahmad Zuhdi
Umur : 21 Tahun
Ahli : 21 April 2019
Latar belakang
Nur Aina binti Ahmad Zuhdi merupakan seorang usahawan muda yang baru berjinak – jinak dalam perniagaan. Sebelum beliau menghasilkan produk sendiri iaitu Makanan Frozen, beliau memulakan perniagaan dengan menjadi agen kepada usahawan lain bagi memberi pengalaman kepada beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja. Pelanggannya pula di kalangan kenalan rapat sahaja dan beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui Pusat Internet Pekan Kg. Lalang, beliau diajar cara mempromosikan produk di media sosial serta cara yang betul untuk photoshoot gambar produk. Pendapatannya mula bertambah dan meningkat ke RM 200 dan ke atas. Pelanggannya juga semakin bertambah malah tempahan yang diterima juga semakin banyak.