Nama : Wahid bin Abd Majid
Umur : 22 Tahun
Ahli : 1 April 2011
Latar belakang
Wahid bin Abd Majid merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi masalah pembelajaran mengikuti kelas digital kerjasama antara Pusat Internet dengan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Permata Bayu secara bulanan. Penama berasal daripada Kg. Luar dan berumur 22 tahun. Walaupun mempunyai masalah pembelajaran tetapi penama dilihat mahir menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas digital penama tidak tahu menggunakan komputer kerana tiada pendedahan tentang penggunaan komputer dan teknologi kepadanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas digital selama lebih kurang 3 tahun, petugas mendapati penama semakin cekap menggunakan komputer dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan penggunaan komputer.