Usahawan Makanan sejuk beku (satar)

Nama : Nasibah binti Salleh

Umur  : 46 Tahun

Ahli     : 19 Julai 2019

Latar belakang

Nasibah binti Salleh yang berusia 47 tahun merupakan suri rumah. Bagi membantu suaminya menambah pendapatan keluarga, beliau mula berjinak – jinak berniaga secara kecil – kecilan dengan membuat satar frozen. Ibu kepada 4 cahaya mata ini gigih mencari jalan untuk mempromosikan produk beliau. Setelah merisik daripada kawan – kawan tempat untuk membantunya mempromosikan produk, beliau dating mengikuti kelas di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja. Pelanggannya pula di kalangan kenalan rapat sahaja dan beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Pusat Internet Pekan Kg. Lalang, beliau diajar cara mempromosikan produk di media sosial serta cara yang betul untuk photoshoot gambar produk. Pendapatannya mula bertambah dan meningkat ke RM 200 dan ke atas. Pelanggannya juga semakin bertambah malah tempahan yang diterima juga semakin banyak.