Usahawan Western Food (Delivery Food)

Nama : Mohammad Adib bin Ramli

Umur  : 29Tahun

Ahli     : 6 Januari 2008

 

Latar belakang

Mohammad Adib bin Ramli merupakan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai produk perniagaan sendiri. Penama yang berusia 29 tahun sering mengikuti kursus – kursus yang melibatkan keusahawanan bagi meningkatkan mutu perniagaan beliau. Beliau juga mengikuti kursus pemasaran online yang diadakan di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang. Dengan usaha titik peluhnya, Mohammad Adib mampu membuka Café sendiri di atas penjenamaan Dapur Matdix. Kecekalan anak muda ini dikagumi kerana walaupun kekurangan anggota kaki tetapi beliau mampu untuk berjaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum belajar kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara photoshoot produk dengan betul serta tidak tahu cara untuk menghasilkan video produk untuk promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas pemasaran online, beliau tahu cara yang betul untuk photoshoot produk serta dapat menghasilkan video produk sendiri.