Usahawan Produk Gastrik (Qulusa Therapy Solusi Gastrik, Gerd and Anxiety)

Nama : Nur Syatirah binti Shuib

Umur  : 31 Tahun

Ahli     : 16 Disember 2019

 

Latar belakang

Nama diberi Nur Syatirah binti Shuib merupakan pengasas bagi produk Qulusa Therapy Solusi Gastrik iaitu produk yang merawat penyakit gastrik. Beliau mengusahakan produk tersebut bersama suami dan mempunyai pekerja serta agen tersendiri. Ibu kepada 3 orang anak ini memulakan perniagaan ini semenjak 2 tahun yang lepas. Beliau mempunyai kedai yang beroperasi di alamat Lot 22, Tingkat 1, Jalan kota Bayu Jaya 2, Kota Bayu Jaya, 09100 Baling, Kedah. Antara produk yang dihasilkan di bawah jenama Qulusa Therapy Solusi Gastrik, Gerd and Anxiety ialah Minyak Gesta, C Tenang (Minuman Vitamin C), Minuman Koko Bhepy, Susu Kambing You Strong, Boreh Gesta (scrub) dan lain – lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas pemasaran online, beliau kurang mahir cara mengambil gambar produk dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas, beliau tahu mempromosikan produk secara atas talian dan permintaan untuk produk yang dijualnya juga semakin bertambah. Pendapatan yang diterima juga bertambah daripada sebelumnya. Selain itu juga beliau tahu mengambil gambar produk dengan betul.