Usahawan Agen Chocojar (Shark Chocoloaded)

Nama : Mohamad Yusuf bin Ismail

Umur  : 20 Tahun

Ahli     : 5 Oktober 2011

 

Latar belakang

Mohamad Yusuf bin Ismail merupakan usahawan baru online Pusat Internet yang mengikuti Bengkel Shopee yang diadakan baru – baru ini. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia perniagaan, Mohamad Yusuf pandai menarik minat pelanggannya untuk membeli di kedai shopee miliknya. Anak kedua daripada lima beradik ini menunjukkan minat yang mendalam dalam perniagaan walaupun masih menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Beliau yang mengambil jurusan Mekanikal Enginering pandai mengambil peluang menambah duit poket dengan usahanya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau di Kedai Shopee dan tidak tahu cara mempromosi produk dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang diadakan di Pusat Internet, beliau dapat menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Selain itu juga beliau dapat belajar cara photoshoot gambar produk dengan betul.