Usahawan Makanan Kering – Aneka Jenis Kerepek
Nama : Nor Sakina binti Jauhari
Umur : 30 Tahun
Ahli : 18 September 2020
Latar belakang
Usahawan muda yang diberi nama Nor Sakina binti Jauhari ini tinggal di Kampung Tandop, Bongor. Wanita yang mempunyai matlamat yang tinggi ini mempunyai perniagaan miliknya sendiri yang diusahakan secara kecil – kecilan. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. Beliau membuat pelbagai jenis kerepek dengan penjenamaan Mami Ena Kerepek House.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak tahu menjual produk beliau di dalam shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mengikuti kelas asas Shopee, beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau secara meluas menembusi pasaran sedia ada. Beliau juga diajar cara mempromosi produk secara atas talian.