Usahawan ayam berempah sejuk beku
Nama : Siti Mariam binti Mat Zain
Umur : 48 tahun
Ahli : 8/2/2022
Latar belakang
Siti Mariam binti Mat Zain atau lebih mesra dipanggil Maklang merupakan pemilik Kedai
Makan Nasi Kukus Ayam Berempah di Kg. Chenerai Mukim Siong. Setelah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat dan luar, beliau mengambil
keputusan untuk membuat ayam berempah secara sejuk beku untuk kepuasan
pelanggannya. Maklang mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau tidak tahu untuk mempromosi produk beliau dan meminta petugas untuk
membantu beliau cara mempromosi produk tersebut secara atas talian. Selain itu juga
beliau meminta bantuan petugas dalam menyiapkan kertas kerja bagi memohon bantuan
dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah diberi tunjuk ajar, beliau cuba mempromosikan produk beliau dengan
menggunakan platform facebook. Selain itu juga beliau dapat menyiapkan kertas kerja
dengan bantuan petugas.