Antara destinasi menarik di Daerah Baling yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam Kedah ialah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Dari pekan Baling, jarak perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20-25 minit untuk sampai. Lokasinya yang terletak jauh di pedalaman dan binaan landskap yang indah amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana percutian yang tenang dan damai. Daya tarikan utama pelancong ke pusat rekreasi ini ialah mandi di kolam air panas. Terdapat 4 buah kolam kesemuanya di sini, 2 daripadanya dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak . Kolam yang dikhaskan untuk wanita adalah kolam tertutup. Waktu yang paling sesuai untuk mandi ialah pada waktu menjelang lewat tengah malam sehingga waktu Subuh. Suhu sejuk pada waktu-waktu begini boleh mengurangkan suhu panas air kolam. Pengunjung juga disarankan supaya memastikan dahulu tahap kesihatan diri sesuai dengan tahap kepanasan setiap kolam yang berbeza. Sebuah laluan batu urut refleksologi juga ada disediakan kepada pengunjung. Pihak Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga menyediakan kawasan perkhemahan. Kepada mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah di sini adalah salah satu tempat yang sesuai. Chalet juga disediakan

kepada mereka yang ingin menginap. Malah dewan mesyuarat juga turut disediakan di sini.

 

 

 

Kemudahan yang disediakan ialah :

1. Surau

2. Tandas Awam

3. Gerai makan dan cenderamata

4. Taman permainan kanak-kanak

 

Kadar bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung :

1. Dewasa: RM 6.00

2. Kanak-kanak: RM 3.00

 

Kos untuk menyewa chalet :

1. Bilik VVIP: RM 350.00

2. Bilik VIP: RM 120.00

3. Bilik Biasa: RM 100.00