Halaman 3 dari 6
Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semula jadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.Keadaan rupa bumi adalah berbukit-bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut. Hutan Lipur Lata Bayu menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tempat bermandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di samping itu, beberapa gerai makanan dan cenderamata turut disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga, pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang.