Halaman 4 dari 6
Pelancongan & Tempat Bersejarah
Terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan mempunyai ketinggian 150-200 meter aras paras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan yang dapatmenambat hati pengunjung. Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau. Bebeberapa kemudahan asas yang disediakan adalah untuk bermandi-manda, berkelah, berkhemah,trekking dan jogging. Selain itu, kemudahan seperti chalet, gerai makan, padang dan surau turut disediakan. Di sini jugapengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar.
Terletak 45 km dari Pekan Baling, 42 km dari Bandar Kulim, 45 km dari Bandar Sungai Petani dan 110 km dari Bandar Alor Setar.Dihubungkan melalui jalan raya. Boleh menemui pelbagai flora dan fauna pelbagai jenis dalam hutan ini. Tumbuhan utama yang terdapat di sini ialah meranti seraya, meranti tembaga serta meranti melantai. Antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesies burung dan unggas. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.