Untuk pengetahuan, Gunung Baling termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dan juga batu kristal. Ketinggiannya pula mencecah 546M manakala laluannya telah dinaik taraf untuk memudahkan pendakian. Tempat rehat juga dibina dibeberapa perhentian sepanjang laluan sebelum sampai ke puncak.