Daerah Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah dengan keluasan 1,530 km persegi atau 590.32 batu persegi. Ia bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perak disebelah Timur, bersempadan dengan daerah Sik dan Kuala Muda disebelah Barat manakala daerah Kulim disebelah selatan. Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk di lawati. 

 

Air Panas Ulu Legong

  

           Antara destinasi menarik di Daerah Baling yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam Kedah ialah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Dari pekan Baling, jarak perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20-25 minit untuk sampai. Lokasinya yang terletak jauh di pedalaman dan binaan landskap yang indah amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana percutian yang tenang dan damai. Daya tarikan utama pelancong ke pusat rekreasi ini ialah mandi di kolam air panas. Terdapat 4 buah kolam kesemuanya di sini, 2 daripadanya dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak . Kolam yang dikhaskan untuk wanita adalah kolam tertutup. Waktu yang paling sesuai untuk mandi ialah pada waktu menjelang lewat tengah malam sehingga waktu Subuh. Suhu sejuk pada waktu-waktu begini boleh mengurangkan suhu panas air kolam. Pengunjung juga disarankan supaya memastikan dahulu tahap kesihatan diri sesuai dengan tahap kepanasan setiap kolam yang berbeza. Sebuah laluan batu urut refleksologi juga ada disediakan kepada pengunjung. Pihak Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga menyediakan kawasan perkhemahan. Kepada mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah di sini adalah salah satu tempat yang sesuai. Chalet juga disediakan kepada mereka yang ingin menginap. Malah dewan mesyuarat juga turut disediakan di sini.

 

 

 

Kemudahan yang disediakan ialah :

 

1. Surau

2. Tandas Awam

3. Gerai makan dan cenderamata

4. Taman permainan kanak-kanak

 

Kadar bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung :

 

1. Dewasa: RM 6.00

2. Kanak-kanak: RM 3.00

 

Kos untuk menyewa chalet :

 

1. Bilik VVIP: RM 350.00

2. Bilik VIP: RM 120.00

3. Bilik Biasa: RM 100.00

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semula jadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.Keadaan rupa bumi adalah berbukit-bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut. Hutan Lipur Lata Bayu menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tempat bermandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di samping itu, beberapa gerai makanan dan cenderamata turut disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga, pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang.
 
 

 
 
 

 

 

 

Terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan mempunyai ketinggian 150-200 meter aras paras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan yang dapatmenambat hati pengunjung. Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau. Bebeberapa kemudahan asas yang disediakan adalah untuk bermandi-manda, berkelah, berkhemah,trekking dan jogging. Selain itu, kemudahan seperti chalet, gerai makan, padang dan surau turut disediakan. Di sini jugapengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar.
 
Terletak 45 km dari Pekan Baling, 42 km dari Bandar Kulim, 45 km dari Bandar Sungai Petani dan 110 km dari Bandar Alor Setar.Dihubungkan melalui jalan raya. Boleh menemui pelbagai flora dan fauna pelbagai jenis dalam hutan ini. Tumbuhan utama yang terdapat di sini ialah meranti seraya, meranti tembaga serta meranti melantai. Antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesies burung dan unggas. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.
 
 
 

 
 
Untuk pengetahuan, Gunung Baling termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dan juga batu kristal. Ketinggiannya pula mencecah 546M dari paras laut manakala laluannya telah dinaik taraf untuk memudahkan pendakian. Tempat rehat juga dibina dibeberapa perhentian sepanjang laluan sebelum sampai ke puncak.
 
 
 

 

 
 

Produk perlancongan Baling yang bakal dipopularkan. Gua Jepun yang menyimpan banyak sejarah ini harus di lawati jika anda menjejakkan kaki ke Baling. Ianya terletak di kaki Gunung Baling dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pekan Baling.