Usahawan Ikan Pekasam
Nama : Faimah binti Mukhtar
Umur : 53 tahun
Ahli : 22/11/2023
Latar belakang
Nama diberi Faimah binti Mukhtar berasal daripada Kampung Pokok Setol, Siong. Beliau merupakan peniaga kecil – kecilan pelbagai jenis kuih muih. Selain itu juga beliau menjual ikan pekasam yang dihasilkannya sendiri. Beliau mempunyai tiga orang anak dan salah seorang daripadanya masih lagi bersekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas di NADI , beliau tidak pernah mempromosikan produknya secara atas talian. Produknya hanya diletak di kedai – kedai kampung
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah belajar Kelas Keusahawanan di NADI, beliau tahu cara untuk mempromosikan produknya melalui whatsapp bisnes, shopee dan facebook. Pemasaran juga semakin meluas sebelum beliau mengikuti kelas di NADI.
Nama : Samsiah Binti Kulim
Umur : 32 Tahun
Ahli : 5 Julai 2023
Latar belakang
Beliau merupakan Orang Asli yang tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Mukim Siong, Kedah. Ibu Tunggal kepada 3 orang anak ini tidak bekerja tetapi terlibat secara langsung dalam pengurusan Orang Asli di kampungnya. Beliau menyara kehidupan beliau dan anak – anak dengan elaun yang diberi oleh pihak JAKOA dan Zakat Negeri Kedah. Sebagai AJK Kampung dan banyak terlibat dalam pengurusan beliau perlu belajar tentang Asas Komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan banyak bergantung kepada petugas dalam menyiapkan tugasannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas di NADI, beliau mahir menggunakan komputer dan mampu menyiapkan tugasannya sendiri.
Usahawan Kopi Kampung
Nama : Nor Hanisah Binti Mohamad Hanafi
Umur : 24 tahun
Ahli : 06/8/2014
Latar belakang
Nama diberi Nor Hanisah binti Mohamad Hanafi merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda daripada universiti tempatan. Setelah menamatkan pengajian, beliau mengambil langkah untuk membantu ibunya yang mengusahakan kopi kampung dengan membuat jualan secara atas talian. Kopi Kampung Makda diberi nama hasil air tangan ibunya
sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas dan penglibatan dengan PEDi, penama tidak mempunyai akaun shopee dan tidak tahu cara menjual secara atas talian. Penama juga tidak tahu untuk memasarkan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti kelas keusahawanan di PEDi, penama mula menjual produk beliau secara atas talian dengan menggunakan platform shopee. Petugas mengajar cara mempromosikan produk untuk pembeli tahu kewujudan sebagai penjual di shopee. Selain itu juga penama belajar cara mengambil gambar produk dengan betul.
Usahawan Baja Power Gro Utara
Nama : Roziana binti Ramtali
Umur : 33 tahun
Ahli : 27/5/2022
Latar belakang
Nama diberi Roziana binti Ramtali. Beliau berasal daripada Kg. Bechah Sawa, Siong dan mempunyai 3 orang puteri. Mula mendapat Pendidikan di SK Siong dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Siong. Selain menjual baja Powergro, beliau juga menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara kecil – kecilan di samping menguruskan kedai runcit milik keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas di PEDi, penama tidak tahu cara untuk mempromosikan produk jualannya secara atas talian. Pendapatan yang diterima juga adalah kurang daripada RM 200.00 sebulan. Jadi beliau mengambil langkah untuk mengikuti kelas keusahawanan di PEDi. Sebelum ini beliau mengikuti kelas shopee di PEDi. Setelah melihat hasil yang agak meberangsangkan beliau mengambil keputusan untuk belajar kelas tiktok pula di PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas tiktok, pendapatan beliau bertambah ke 4 angka dalam masa sebulan. Beliau sering datang ke PEDi untuk belajar dan sering merujuk PEDi untuk mempromosikan produk beliau.
Nama : Nur Intan Najwa binti Mohd Zaki
Umur : 13 Tahun
Ahli : 11 Disember 2022
Latar belakang
Nama diberi Nur Intan Najwa, berusia 13 tahun. Penama merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah (SRIDAH) dan masih menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian di Tingkatan 1. Anak bongsu daripada empat beradik ini mempunyai cita – cita untuk menjadi seorang pendidik. Hobi penama pada waktu lapang adalah membaca buku dan menonton televisyen.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti kelas asas komputer, penama mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.