Usahawan Western Food (Delivery Food)
Nama : Mohammad Adib bin Ramli
Umur : 29Tahun
Ahli : 6 Januari 2008
Latar belakang
Mohammad Adib bin Ramli merupakan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai produk perniagaan sendiri. Penama yang berusia 29 tahun sering mengikuti kursus – kursus yang melibatkan keusahawanan bagi meningkatkan mutu perniagaan beliau. Beliau juga mengikuti kursus pemasaran online yang diadakan di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang. Dengan usaha titik peluhnya, Mohammad Adib mampu membuka Café sendiri di atas penjenamaan Dapur Matdix. Kecekalan anak muda ini dikagumi kerana walaupun kekurangan anggota kaki tetapi beliau mampu untuk berjaya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara photoshoot produk dengan betul serta tidak tahu cara untuk menghasilkan video produk untuk promosi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas pemasaran online, beliau tahu cara yang betul untuk photoshoot produk serta dapat menghasilkan video produk sendiri.
Nama : Siti Aisyah binti Ramli
Umur : 20 Tahun
Ahli : 3 Mac 2012
Latar belakang
Siti Aisyah binti Ramli merupakan pelajar lepasan sekolah yang mengikuti kelas asas komputer yang meliputi Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel serta emel dan internet. Penama yang berusia 20 tahun ini sering mengunjungi pusat internet bagi menyiapkan tugasan semasa beliau masih menuntut di sekolah menengah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan pengisian komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas asas komputer, penama mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.
Usahawan Makanan sejuk beku (satar)
Nama : Nasibah binti Salleh
Umur : 46 Tahun
Ahli : 19 Julai 2019
Latar belakang
Nasibah binti Salleh yang berusia 47 tahun merupakan suri rumah. Bagi membantu suaminya menambah pendapatan keluarga, beliau mula berjinak – jinak berniaga secara kecil – kecilan dengan membuat satar frozen. Ibu kepada 4 cahaya mata ini gigih mencari jalan untuk mempromosikan produk beliau. Setelah merisik daripada kawan – kawan tempat untuk membantunya mempromosikan produk, beliau dating mengikuti kelas di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja. Pelanggannya pula di kalangan kenalan rapat sahaja dan beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui Pusat Internet Pekan Kg. Lalang, beliau diajar cara mempromosikan produk di media sosial serta cara yang betul untuk photoshoot gambar produk. Pendapatannya mula bertambah dan meningkat ke RM 200 dan ke atas. Pelanggannya juga semakin bertambah malah tempahan yang diterima juga semakin banyak.
Usahawan Coco Ococ (Agen jualan)
Nama : Hamidah binti Salleh
Umur : 49Tahun
Ahli : 19 Julai 2019
Latar belakang
Hamidah binti Salleh merupakan seorang suri rumah yang memulakan perniagaan menjadi agen coco Ococ sebagai pendapatan tambahan untuk keluarganya. Beliau berumur 49 tahun dan berasal dari Kg. Sungai Limau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara mempromosi produk dengan betul. Pendapatan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas, beliau tahu mempromosikan produk secara atas talian dan permintaan untuk produk yang dijualnya juga semakin bertambah. Pendapatan yang diterima juga bertambah daripada sebelumnya.
Nama : Wahid bin Abd Majid
Umur : 22 Tahun
Ahli : 1 April 2011
Latar belakang
Wahid bin Abd Majid merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi masalah pembelajaran mengikuti kelas digital kerjasama antara Pusat Internet dengan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Permata Bayu secara bulanan. Penama berasal daripada Kg. Luar dan berumur 22 tahun. Walaupun mempunyai masalah pembelajaran tetapi penama dilihat mahir menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas digital penama tidak tahu menggunakan komputer kerana tiada pendedahan tentang penggunaan komputer dan teknologi kepadanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas digital selama lebih kurang 3 tahun, petugas mendapati penama semakin cekap menggunakan komputer dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan penggunaan komputer.