Usahawan produk Kuih Tradisional Dahan Rapuh

 

Nama: Dalila binti Abdul Talib

 

Umur  : 24 Tahun

 

Ahli     : 3 Januari 2018

 

 

Latar belakang

 

Dalila binti Abdul Talib berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Pokok Setol, Mukim Siong. Beliau memulakan perniagaan semenjak tahun 2016 dengan menjadi agen bagi produk.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan yang diterima hanyalah sekitar RM 200 ke bawah dan pelanggannya di kalangan kenalan rapat sahaja.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah promosi di media sosial, hasil jualannya meningkat.

 

Usahawan Minyak wangi Raisya

Nama : Noorsyuhada binti Abdul Wahab

Umur  : 27 Tahun

Ahli     : 4 September 2008

 

Latar belakang

Noorsyuhada binti Abdul Wahab merupakan ibu kepada dua orang puteri comel memulakan perniagaan perfume sejak tahun 2015 lagi. Perfume yang diberi nama Raisya Perfume merupakan produk yang diusahakan oleh dia dan suaminya. Pelbagai jenis wangian yang dikeluarkan antaranya ialah Apple Blossom, bombshell, Armani, One million dan pelbagai lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan terhad di kawasan yang berhampiran sahaja. Pendapatan yang diterima juga kurang daripada RM 500.00 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan yang diterima lebih meluas melibatkan luar daripada daerah. Pendapatan juga bertambah iaitu melebihi RM 500 sebulan. Pelanggan juga melibatkan pelbagai peringkat umur.

Usahawan Gubahan Bunga Plastik

Nama : Rus Junai Rena binti Endut

Umur :  32 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Tanggal 11 April 1985, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Rus Junai Rena binti Endut. Ibu tunggal kepada 2 orang anak ini memilih bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan bagi menampung dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau menerima tempahan bunga plastik daripada penduduk setempat. Selain membuat bunga plastik, beliau menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan bagi menambah pendapatannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan kurang daripada RM 100

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan yang diterima lebih daripada RM 300 sebulan setelah belajar cara promosi menggunakan media sosial.

Nama : Nor Amina Tasnim binti Zaidi

Umur  : 9 Tahun

Ahli     : 4 September 2017

 

Latar belakang

Nor Amina Tasnim binti Zaidi merupakan anak sulong daripada dua orang adik beradik. Beliau tinggal di Kampung Memali, Mukim Siong. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan, Kulim.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya sedikit sahaja pengetahuan ICT dan memerlukan tunjuk ajar

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mampu mengendalikan tugasan dengan sendiri

Usahawan Madu Kelulut

Nama : Hamid bin Abu Hassan

Umur : 63 Tahun

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Hamid bin Abu Hassan atau dikenali sebagai Pak Umar merupakan pengerusi JKK Kampung Lalang.Bapa kepada 6 orang anak ini mengusahakan ladang madu kelulut sebagai pendapatan sampingan. Beliau mengusahakan madu kelulut pada awal 2016 di laman rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi terhad hanya di kalangan kenalan rapat. Pendapatan yang diperolehi sekitar RM 200 ke bawah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pak Umar mendapatkan bantuan daripada petugas PI untuk mempromosikan ladang madunya. Setelah divideokan ladang tersebut, pelanggannya bertambah dari semasa ke semasa. Pendapatannya juga bertambah dalam anggaran ke RM 500 sebulan