Nama : Mohammad Zulkarnain bin Mohamad Saupi
Umur : 10 Tahun
Ahli : 21 Februari 2020
Latar belakang
Mohammad Zulkarnain bin Mohamad Saupi merupakan pelajar tahun 4 di Sek. Keb. Siong. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 beradik. Beliau menetap di Kg. Baru Mukim Siong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas asas komputer, penama mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.
Usahawan Produk Gastrik (Qulusa Therapy Solusi Gastrik, Gerd and Anxiety)
Nama : Nur Syatirah binti Shuib
Umur : 31 Tahun
Ahli : 16 Disember 2019
Latar belakang
Nama diberi Nur Syatirah binti Shuib merupakan pengasas bagi produk Qulusa Therapy Solusi Gastrik iaitu produk yang merawat penyakit gastrik. Beliau mengusahakan produk tersebut bersama suami dan mempunyai pekerja serta agen tersendiri. Ibu kepada 3 orang anak ini memulakan perniagaan ini semenjak 2 tahun yang lepas. Beliau mempunyai kedai yang beroperasi di alamat Lot 22, Tingkat 1, Jalan kota Bayu Jaya 2, Kota Bayu Jaya, 09100 Baling, Kedah. Antara produk yang dihasilkan di bawah jenama Qulusa Therapy Solusi Gastrik, Gerd and Anxiety ialah Minyak Gesta, C Tenang (Minuman Vitamin C), Minuman Koko Bhepy, Susu Kambing You Strong, Boreh Gesta (scrub) dan lain – lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pemasaran online, beliau kurang mahir cara mengambil gambar produk dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas, beliau tahu mempromosikan produk secara atas talian dan permintaan untuk produk yang dijualnya juga semakin bertambah. Pendapatan yang diterima juga bertambah daripada sebelumnya. Selain itu juga beliau tahu mengambil gambar produk dengan betul.
Nama : Nur Batrisha Aqilah binti Muhammad Suzi
Umur : 13 Tahun
Ahli : 13 Disember 2019
Latar belakang
Nur Batrisha Aqilah merupakan pelajar tingkatan 1 yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman setelah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Beliau mengikuti kelas literasi komputer sebelum beliau melanjutkan pelajarannya beliau. Anak sulung daripada 4 beradik ini bercita – cita untuk menjadi ‘hafizah’ serta menanam minat yang mendalam sebagai seorang pendidik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas asas komputer, penama mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.
Usahawan Uriel Molases Nutrien Block – UMMB (Makanan Tambahan Kambing)
Nama : Abd Rashid bin Abd Rahim
Umur : 52 Tahun
Ahli : 17 Januari 2020
Latar belakang
Usahawan yang bernama Abd Rashid bin Abd Rahim merupakan seorang usahawan yang mengusahakan Makanan Tambahan Kambing (Uriel Molases Nutrien Block). Beliau mengusahakan makanan tambahan kambing ini bersama isteri serta anaknya. Walaupun masih baru mengusahakan produk ini tetapi semangat usahawan ini untuk berjaya tidak patah semangat. Beliau dating ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas pemasaran online bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara photoshoot produk dengan betul serta tidak tahu cara memasarkan produk secara atas talian. Beliau hanya menjual produk beliau di kedai – kedai sekitar kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas pemasaran online, beliau tahu cara yang betul untuk photoshoot produk serta dapat membangunkan halaman facebook yang diajar.
Usahawan Smart Tycoon Group (Sales Agent)
Nama : Muzlina binti Zulkifli
Umur : 43Tahun
Ahli : 21 September 2019
Latar belakang
Muzlina binti Zulkifli merupakan Agen Jualan bagi Produk Smart Tycoon Group. Penyertaan beliau dalam STG sudah lama tetapi beliau tidak mahir mempromosikan produk jualan menggunakan medium atas talian. Beliau merupakan suri rumah ini mengambil inisiatif menambah pendapatan keluarga dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Wanita berusia 43 tahun ini mempunyai seorang anak yang masih bersekolah. Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu beliau mencari duit poket sendiri bagi menampung keperluan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara mempromosi produk dengan betul. Pendapatan yang diterima juga kurang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas, beliau tahu mempromosikan produk secara atas talian dan permintaan untuk produk yang dijualnya juga semakin bertambah. Pendapatan yang diterima juga bertambah daripada sebelumnya.