Usahawan Kek dan Cookies

Nama : Muhammad Bakhtiar bin Baharudin

Umur  : 18 Tahun

Ahli     : 5 Oktober 2018

Latar belakang

Muhammad Bakhtiar Baharudin merupakan pelajar matrik yang baru berjinak – jinak dalam dunia perniagaan. Beliau dan kakaknya mengambil tempahan membuat kek dan cookies semenjak 1 tahun sebelum ini. Beliau mengikuti kursus pemasaran online bagi membantu kakaknya mempromosikan produk di atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja sebelum penama mempromosikan produk beliau ke dalam media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menerima khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Pekan Kg. Lalang cara mempromosikan produk di atas talian pendapatan beliau semakin bertambah dan beliau sering mendapat tempahan daripada kenalan di media sosial.

Usahawan Popia Carbonara (Frozen)

Nama : Nur Aina binti Ahmad Zuhdi

Umur  : 21 Tahun

Ahli     : 21 April 2019

Latar belakang

Nur Aina binti Ahmad Zuhdi merupakan seorang usahawan muda yang baru berjinak – jinak dalam perniagaan. Sebelum beliau menghasilkan produk sendiri iaitu Makanan Frozen, beliau memulakan perniagaan dengan menjadi agen kepada usahawan lain bagi memberi pengalaman kepada beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja. Pelanggannya pula di kalangan kenalan rapat sahaja dan beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Pusat Internet Pekan Kg. Lalang, beliau diajar cara mempromosikan produk di media sosial serta cara yang betul untuk photoshoot gambar produk. Pendapatannya mula bertambah dan meningkat ke RM 200 dan ke atas. Pelanggannya juga semakin bertambah malah tempahan yang diterima juga semakin banyak.

Usahawan Kuih Muih

Nama : Saodah binti Md Aripin

Umur  : 59 Tahun

Ahli     : 22 November 2013

Latar belakang

Saodah binti Md Aripin berusia 59 tahun. Penama merupakan peniaga yang berniaga secara kecil – kecilan dengan menjual nasi lemak dan kuih muih di gerai miliknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja sebelum penama mempromosikan produk beliau ke dalam media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menerima khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Pekan Kg. Lalang cara mempromosikan produk di atas talian pendapatan beliau semakin bertambah dan beliau sering mendapat tempahan daripada kenalan di media sosial.

Nama : Ku Siti Nur Qalesya binti Ku Rusmi

Umur  : 9 Tahun

Ahli     : 28 November 2018

Latar belakang

Ku Siti Nur Qalesya binti Ku Rusmi merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik. Beliau yang masih bersekolah darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Siong. Beliau mengikuti kelas asas komputer (pakej kanak – kanak) masih membolehkan beliau tahu asas pengenalan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengikuti kelas Asas Komputer beliau tidak mahir menggunakan komputer dan memerlukan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet ketika melaksanakan tugasan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mengikuti kelas, beliau mahir menggunakan perisian komputer serta mampu menyiapkan tugasan dengan cepat.

Usahawan Aksesori kanak - kanak

Nama : Zulfadilah binti Zulkifli

Umur  : 31 Tahun

Ahli     : 6 Mac 2018

 

Latar belakang

Zulfadilah merupakan suri rumah tangga yang sering mengambil upah menjahit bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Beliau juga membuat ‘headband’ kanak – kanak harga mampu milik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar di bawah RM 100 sahaja. Pelanggannya pula di kalangan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Pusat Internet Pekan Kg. Lalang, beliau diajar cara mempromosikan produk di media sosial. Pendapatannya mula bertambah dan meningkat ke RM 200 dan ke atas. Pelanggannya juga semakin bertambah malah tempahan yang diterima juga semakin banyak.