Nama : Nur Syuhaida binti Abdul Lateh
Umur :18 tahun
Ahli :2017
Latar belakang
Nur Syuhaida binti Abdul Lateh dilahirkan pada 21 JUlai 1999 di Kampung Weng Dalam. Anak bongsu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Bayu dan menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Siong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya sedikit sahaja pengetahuan ICT dan memerlukan tunjuk ajar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mampu mengendalikan tugasan dengan sendiri
Usahawan Anyaman Tudung Saji, Bunga Kertas dan Kerongsang Bunga
Nama : Fadilah binti Inche Razali
Umur :37 tahun
Ahli :2016
Latar belakang
berasal dari Perak tetapi menetap di Kampung Charuk Bunting setelah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya dan dikurniakan 2 orang anak. Penama merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan mula berjinak – jinak dengan dunia perniagaan semenjak tahun lepas
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan kurang daripada RM 200 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan yang diterima lebih daripada RM 500 sebulan setelah belajar cara promosi menggunakan media sosial.
Celik IT
Nama : Wan Zaliza binti Shaari
Umur :35 tahun
Ahli :2017
Latar belakang
Wan Zaliza binti Shaari merupakan seorang guru kafa di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Siong. Beliau mula mengikuti kelas asas komputer dan Intel Easy Step pada 2 Ogos 2017. Penama telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Penama tinggal di alamat Kg. Sri Ketengga, Siong, Baling, Kedah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya sedikit sahaja pengetahuan ICT dan memerlukan tunjuk ajar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mampu mengendalikan tugasan dengan sendiri
Usahawan Anyaman Tudung Saji dan Acar Limau Aneka Buah
Nama : Nurul Syafiza binti Abd Rashid
Umur :32 tahun
Ahli :2017
Latar Belakang
merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Bagi membantu menambah pendapatan keluarga, penama mula berjinak – jinak dalam bidang keusahawaan setelah mengikuti kelas anyaman tudung saji. Penama yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak ini tinggal di Hadapan Sekolah Kebangsaan Siong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Promosi terhad hanya di kalangan kenalan rapat. Pendapatan yang diperolehi sekitar RM 200 ke bawah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengetahui tentang fungsi PI, penama sering datang ke PI untuk meminta khidmat nasihat serta cara promosi di media sosial untuk mempromosikan produknya. Penama juga menggunakan aplikasi Dashboard (My Shop) sebagai medium untuk perniagaan beliau dan sering menerima panggilan untuk tempahan tudung saji serta acar limau aneka buah. Pendapatan yang diperolehi setelah menggunakan ICT sebagai medium perniagaan adalah sekitar RM 500 dan ke atas.
Usahawan Makanan Kering
Nama : Normunirah binti Ibrahim
Umur : 32 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Normunirah binti Ibrahim merupakan suri rumah sepenuh masa. Masa Lapangnya diisi dengan membuat makanan kering seperti kerepek pagoda,simpul kasih dan kuih batang buruk. Beliau baru berjinak – jinak dalam dunia perniagaan. Beliau menggunakan jenama ‘Kudap – Kudap Rangup sebagai label untuk produknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tidak tahu untuk membuat label bagi produk yang dihasilkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada petugas PI, beliau mula belajar cara melabel produk beliau dan mula memasarkan produknya ke atas talian.