Usahawan Agen Chocojar (Shark Chocoloaded)
Nama : Mohamad Yusuf bin Ismail
Umur : 20 Tahun
Ahli : 5 Oktober 2011
Latar belakang
Mohamad Yusuf bin Ismail merupakan usahawan baru online Pusat Internet yang mengikuti Bengkel Shopee yang diadakan baru – baru ini. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia perniagaan, Mohamad Yusuf pandai menarik minat pelanggannya untuk membeli di kedai shopee miliknya. Anak kedua daripada lima beradik ini menunjukkan minat yang mendalam dalam perniagaan walaupun masih menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Beliau yang mengambil jurusan Mekanikal Enginering pandai mengambil peluang menambah duit poket dengan usahanya sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau di Kedai Shopee dan tidak tahu cara mempromosi produk dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang diadakan di Pusat Internet, beliau dapat menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Selain itu juga beliau dapat belajar cara photoshoot gambar produk dengan betul.
Usahawan Agen Produk Skincare
Nama : Nur’ Aisyah binti Mat Latfee
Umur : 22 Tahun
Ahli : 5 Mac 2016
Latar belakang
Nur Aisyah binti Mat Latfee merupakan usahawan baru online shopee yang baru berjinak – jinak dalam bidang perniagaan bagi membantu ekonomi keluarga. Anak kelahiran Baling ini masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dalam jurusan Pendidikan kimia. Anak ke 3 daripada 4 beradik ini seorang yang rajin dan sering membantu ibu bapanya untuk menambah pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas pusat internet, beliau dapat menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas.
Usahawan UMMB (Makanan Tambahan Kambing)
Nama : Zarah binti Kamis
Umur : 49 Tahun
Ahli : 17 Januari 2020
Latar belakang
Usahawan yang bernama Zarah binti Kamis merupakan seorang usahawan yang mengusahakan Makanan Tambahan Kambing (Uriel Molases Nutrien Block). Beliau mengusahakan makanan tambahan kambing ini bersama suami serta anaknya. Walaupun masih baru mengusahakan produk ini tetapi semangat ibu kepada 3 orang anak ini untuk berjaya tidak patah semangat. Beliau datang ke Pusat Internet bersama suaminya untuk mengikuti kelas pemasaran online bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara photoshoot produk dengan betul serta tidak tahu cara memasarkan produk secara atas talian. Beliau hanya menjual produk beliau di kedai – kedai sekitar kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas pemasaran online, beliau tahu cara yang betul untuk photoshoot produk serta dapat membangunkan halaman facebook yang diajar.
Nama : Muhammad Arham Rohimin binti Mat Isa
Umur : 8 Tahun
Ahli : 1 Mac 2020
Latar belakang
Muhammad Arham Rohimin binti Mat Isa merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti Kelas Asas Komputer di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang. Adik Muhammad Arham Rohimin mempunyai 5 orang adik beradik dan beliau merupakan anak ke 4. Beliau bersekolah di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, Baling.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas asas komputer, beliau mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.
Usahawan Food of Delivery (Makanan Basah)
Nama : Nur Zulfadilah binti Zulkeflee
Umur : 32 Tahun
Ahli : 6 Mac 2018
Latar belakang
Nama diberi Nur Zulfadilah binti Zulkeflee merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Usahawan muda ini baru berjinak – jinak dalam perniagaan penghantaran makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Beliau yang tinggal di Pekan Baru Kg. Lalang merupakan suri rumah tangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau secara meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas pusat internet, beliau dapat menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk beliau kepada penduduk sekitar.