Usahawan Kuih Muih Frozen
Nama : Faizatul Nadia binti Suliman @ Selamat
Umur : 35 tahun
Ahli : 23/2/2021
Latar belakang
Faizatul Nadia binti Suliman @ Selamat merupakan ibu kepada 2 orang anak ini berasal dari Selangor dan kini menetap di Kg. Baru, Siong. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan ini semenjak tinggal di Selangor lagi dan kini menyambung semula perniagaan berasaskan makanan frozen di Siong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum belajar kelas shopee beliau tidak tahu membuka kedai di dalam aplikasi shopee serta tidak tahu untuk tangkap gambar produk dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mengikuti kelas Shopee, beliau belajar dan tahu menggunakan shopee sebagai medium perniagaan atas talian serta tahu cara menangkap gambar produk dengan betul. Pendapatan yang diperolehi juga bertambah daripada sebelum beliau menggunakan aplikasi shopee sebagai medium perniagaan.
Nama : Nur Damia Batrisya binti Abdullah
Umur : 10 Tahun
Ahli : 19 Januari 2021
Latar belakang
Nur Damia Batrisya binti Abdullah merupakan anak sulong daripada 2 beradik ini sedang menuntut di tahun 4. Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Kg. Bandar. Beliau bercita – cita menjadi seorang guru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mengikuti kelas asas komputer, penama mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.
Usahawan Makanan Kering – Aneka Jenis Kerepek
Nama : Nor Sakina binti Jauhari
Umur : 30 Tahun
Ahli : 18 September 2020
Latar belakang
Usahawan muda yang diberi nama Nor Sakina binti Jauhari ini tinggal di Kampung Tandop, Bongor. Wanita yang mempunyai matlamat yang tinggi ini mempunyai perniagaan miliknya sendiri yang diusahakan secara kecil – kecilan. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. Beliau membuat pelbagai jenis kerepek dengan penjenamaan Mami Ena Kerepek House.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak tahu menjual produk beliau di dalam shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mengikuti kelas asas Shopee, beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau secara meluas menembusi pasaran sedia ada. Beliau juga diajar cara mempromosi produk secara atas talian.
Usahawan Rendang Tok Ready Made (Agen)
Nama : Mohamad Padil bin Yaacob
Umur : 69 Tahun
Ahli : 7 Mei 2014
Latar belakang
Pesara Guru yang berusia 69 tahun diberi nama Mohamad Padil bin Yaacob ini merupakan seorang usahawan yang baru berjinak – jinak dengan dunia perniagaan. Prinsipnya yang tidak mengenal erti putus asa ini datang sendiri untuk belajar cara menjual produk secara atas talian. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, usahawan ini diajar membuka akaun facebook sebagai platform utama untuk mempromosi produknya memandangkan facebook merupakan medium utama penggunaan di dunia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mempunyai akaun facebook serta tidak tahu mempromosikan produk yang dijualnya secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah diberi tunjuk ajar mengenai perniaggan atas talian dengan membuka akaun facebook dan membuat halaman facebook beliau mula menerokai dunia perniagaan dengan bimbingan petugas Pusat Internet.
Nama : Tasnim binti Mohammad Khirunizam
Umur : 12 Tahun
Ahli : 24 Ogos 2020
Latar belakang
Tasnim binti Mohammad Khirunizam mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Pekan Kg. Lalang. Anak Kelahiran Kg. Tanjung Pari ini merupakan anak sulung kepada pasangan Mohammad Khirunizam dan Murniwati binti Mat Isa. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi bertatih menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas asas komputer, beliau mahir menggunakan Microsoft Office dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas berdasarkan modul – modul yang disediakan.